Ok ni posting secara langsung tau..maknanya time sy tgh lepak2 ni terfikir satu bnde kt kepala otak terkena kt kotak hati.terus amik hp bukak blog type Kat cni..haa itu mukaddimah dia..
Apa maksud fans?oh bukan fan kipas tau.but fans=peminat..peminat adalah org yg menyokong satu2 individu yg d jadikan idola dgn sepenuh hati jiwa raga..ha amik.itu la lebih kurang..
Siapa pulak yg boleh di Kategorikan sebagai loyal fans?peminat yg setia ke hujung nyawa.eh smpi hujung nyawa ker?haha..ada yg kata peminat yg akan terus menyokong apa jua yg idola mereka lakukan.sokong dikala suka mahupun duka.diatas mahupun dibawah.sokong apa jua keputusan n tindakan yg idola mereka pilih.begitu la tambah tolak lebih kurang..!
Ok sokong kala di atas Dan di bawah ya saya setuju.thats what fans for kan..
But klu kata nk support or sokong apa jua tindakan yg idola mereka ambil itu sy kurang setuju...
Nak sokong pun berpada.Tak perlu nk mengiyakan apa sj yg idola awak buat.sbb awk pun xtau apa yg ada di fikiran idola awk tu.betul ker tak betul jalan yg dia amik.takde sape tahu.so jadi peminat atau penyokong tidak memerlukan anda untuk ikut sj rentak mereka..idola awak tu la.
Awk ada fikiran boleh fikir n decide sendiri.jgn sbb minat awk jadi taksub nk mengiyakan apa sj yg idola awk suka.
Saya pernah jadi peminat.org gelar 'die hard fans' jugak la.kipas susah mati?ker kipas tak reti mati?or kipas yg xnk mati?haha boleh bawak mati ker?tak pun.ok smbg blk.sy pernah jadi peminat tp sy xprnh nk mengiyakan segala yg mereka lakukan.ada yg sy xsuka ada yg sy suka.ada yg saya kata 'ya,keputusan awak tepat' ada yg saya kata 'erm ok ker?'.tapi ada jugak yg saya simpan dlm hati dan berkata sendiri 'dia tak patut melakukannya..tapi itu keputusannya aku xmampu berbuat apa,biar aku tgk jauh mana perginya' sbb saya fkr wlupun minat mana sy Kat dia sejauh mana sokongan sy Kat dia sy xboleh melebihi had sy sebagai seorang peminat.tapi itu tak bermakna sy sokong dia sepenuhnya.seperti yg sy ckp biar sy tgk jauh mana perginya jalan yg dia ambil.jalan yg sy rasakan bukan lah yg terbaik.tunggu Dan lihat.
Jadi seorang peminat bagi saya cukup dgn menyokong hasil kerja mereka.beli album(jika mereka penyanyi) original bila d lancarkan.pergi layan konsert atau apa jua program yg mereka jayakan sekiranya iya tidak menggangu aktiviti harian.tonton drama/filem (jika mereka pelakon) jgn beli DVD cetak rompak or layan kt YouTube secara percuma.
Beri komen balas bagi setiap hasil kerja mereka tuk di jadikan rujukan mahupun kritikan.beri pujian kepada setiap kejayaan.teruskan beri sokongan tuk karya yg lebih memberangsangkan.
Bagi saya itu sudah memadai tuk menjadikan anda peminat yg setia.
Bukan meminta album percuma di kala album baru di lancarkan.bukan meminta tiket wayang di hari pertama tayangan. Bukan hanya sibuk mengejar berkepit kesini sana amik gmbr ajak lepak sama tuk tunjukkan sokongan.erm..dpt album free hashtag support industri muzik tempatan.support artis tempatan.dpt tiket wayang free hashtag support filem kita.support filem tempatan.padahal tengok n dgr sbb ianya PERCUMA? Itu yg di katakan peminat yg setia.jika anda setia wlupun dpt album percuma tiket wayang percuma anda akan pergi dpt kan nya sendiri..keluar duit sendiri..itu sy respect.. Dh dpt percuma tapi tetap mahu keluarkan RM dia sbgi tanda sokongan.
Ya saya melakukannya..sy pernah ada album artis yg sy suka smpi dua..lebih pun ada.sbb satu sy dpt percuma satu lagi sy beli dgn duit sy..:)
Sebab bagi sy itu tanda peminat yg setia.tak pernah meminta n berkira.selagi ia masih dlm kemampuan saya.
Kesimpulannya sejauh mana kesetiaan seseorang peminat itu bukan hanya bergantung pada Wang yg telah di belanjakannya..atau masa yg telah di luangkannya atau pun sentiasa berkata YA kepada artis kesukaannya..
Tiada siapa yg layak mengkategori kan kesetiaan seseorang dlm minat nya.hanya diri mereka yg tau sejauh mana ikhlasnya mereka menyokong artis mereka.tepuk Dada tnya selera.
Anda minat anda sokong.anda sokong jangan sampai satu hari nanti anda melopong..eh?hahaha mengarut ja la..
Minat la berpada pada yer..pesanan ikhlas dari saya peminat yg tak setia dh kata mereka..hihi..
**skrg sy peminat setia Eka Hafeez..lepas ni nk jadi president EH FC..:p