Wednesday, September 3, 2014

Perginya adik sepupu ku...

Hadirmu walaupun seketika
pastinya ia memberi beribu hikmah
kau hadir memberi sinar kepada mereka
beri kebahagiaan yang sgt bermakna

kegembiraan di datangi kesedihan
badan yang sempurna menjadi sakit
keluarga gembira tiba tiba berduka
tuhan terus dengan dugaannya

kau hidup bukan seperi anak biasa
kau sempurna di sisi allah
walaupun sekeliling pandang kau kurang sempurna

anak, kau terlalu istimewa
ibu dan bapa tak pernah mengalah
membesarkan mu tanpa putus asa

anak, kau istimewa
kekurangan mu menjadikan mu istimewa
cuma merangkak tanpa berkata apa
cuma bergerak tanpa berjalan dan berlari
sikit pun tak pernah kami sesali..

dua puluh tahun hidup menderita di dunia
kini kau berjumpa yang esa
sesungguhnya kami rasa kehilangan
tapi kami akan terus mendoakan
kau di tempatkan di kalangan yang beriman

ya, kau ahli syurga yang pastinya
kerana hidup mu di dunia
tidak pernah membenci
tidak pernah mengeji
tidak pernah mencaci
tidak pernah mengenal dunia
tidak pernah bersekolah
tidak pernah bermusuh dengan sesiapa

yang kau tahu cuma duduk, makan dan tidur
yang kau mampu cuma tersenyum
ahli keluarga tidak pernah merengut
ahli keluarga pasti terus merindu

wahai anak...pergi mu kepada yang satu
pergi mu membawa seribu rindu
doakan ayah, ibu dan adik-adik mu
semoga mereka kuat hidup tanpa mu..
kakak menyayangi mu adikku...

al-fatihah AZMAN bin Azlan

No comments: