Wednesday, September 3, 2014

sahabat

sahabat
siapa mereka?
wujudkah mereka?
atau cuma muncul seketika
pergi hilang entah kemana
kalau itu yang di katakan sahabat
maka tiada la ertinya
perkataan yang cukup istimewa
 
jika datang dan perginya cuma untuk seketika
bukan lah sahabat namanya
tapi kenalan buat suka-suka
yang pergi akan ada penggantinya
yang pergi tanpa meninggalkan apa-apa makna
pergi tanpa berita
di hati juga tak terkesan mana
 
sahabat perginya tiada ganti
hilangnya amat di rasai
tidak perlu sentiasa berada disisi
cukup cuma di dalam hati
 
itu erti sahabat..
walaupun jauh tak pernah dekat
di hati dia tetap melekat
walau dimata tak pernah terlihat
 
sahabat
kau takkan pernah di lupa
kau takkan ku persia
walau waktu dan jarak jadi pemisah
kita takkan pernah terleka
sentiasa ingat masa-masa indah mahupun duka
itu lah sahabat
 
tidak perlu sensiasa ada di depan mata
lepak sini sana
bercerita cerita yang tak pernah sudah
 
walau kau dan aku jauh dimata
dihati kau akan tetap ada
walau kita jarang bersua
ku yakin rindu sentiasa ada
 
aku jangan kau lupa
kerna kau takkan pernah ku lupa
kau lah sahabat selamanya
dari jauh aku kirimkan doa
buatmu sahabat semoga Berjaya
sentiasa di lindungiNYA
ALLAH yang maha ESA

Perginya adik sepupu ku...

Hadirmu walaupun seketika
pastinya ia memberi beribu hikmah
kau hadir memberi sinar kepada mereka
beri kebahagiaan yang sgt bermakna

kegembiraan di datangi kesedihan
badan yang sempurna menjadi sakit
keluarga gembira tiba tiba berduka
tuhan terus dengan dugaannya

kau hidup bukan seperi anak biasa
kau sempurna di sisi allah
walaupun sekeliling pandang kau kurang sempurna

anak, kau terlalu istimewa
ibu dan bapa tak pernah mengalah
membesarkan mu tanpa putus asa

anak, kau istimewa
kekurangan mu menjadikan mu istimewa
cuma merangkak tanpa berkata apa
cuma bergerak tanpa berjalan dan berlari
sikit pun tak pernah kami sesali..

dua puluh tahun hidup menderita di dunia
kini kau berjumpa yang esa
sesungguhnya kami rasa kehilangan
tapi kami akan terus mendoakan
kau di tempatkan di kalangan yang beriman

ya, kau ahli syurga yang pastinya
kerana hidup mu di dunia
tidak pernah membenci
tidak pernah mengeji
tidak pernah mencaci
tidak pernah mengenal dunia
tidak pernah bersekolah
tidak pernah bermusuh dengan sesiapa

yang kau tahu cuma duduk, makan dan tidur
yang kau mampu cuma tersenyum
ahli keluarga tidak pernah merengut
ahli keluarga pasti terus merindu

wahai anak...pergi mu kepada yang satu
pergi mu membawa seribu rindu
doakan ayah, ibu dan adik-adik mu
semoga mereka kuat hidup tanpa mu..
kakak menyayangi mu adikku...

al-fatihah AZMAN bin Azlan