Wednesday, December 31, 2014

selamat tinggal 2014

salam...

tengok tajuk tau dah ni last post tuk 2014 kan??hihihi...
Alhamdulillah masih berkesempatan merasai hari2 akhir tahun 2014 dan semoga terus di beri kesempatan merasai tahun2 yang mendatang....

2014 banyak kisah..kisahnya yang tersendiri..semoga yang indah berulang lagi..yang duka kubur dalam2..lupakan jika boleh..tapi, jadikan ianya pengajaran untuk mengharungi tahun yang mendatang...insyaallah

Indahnya 2014 bila dengan selamatnya melahirkan baby DEA binti HAFEEZ pada 7March2014 secara normal..lahir dengan sihat juga sempurna..alhamdulillah..walaupun berkongsi saat yang mendukacitakan buat rakyat Malaysia sehari sebelumnya (MH370)..yang tentunya akan kekal dlm ingatan seluruh rakyat Malaysia..menjadi sejarah hitam buat semua...semoga 2015 tiada lagi kisah2 hitam yang menyayat hati seluruh rakyat kita...insyaallah amin...

perkngsian emosi seorang bergelar ibu juga isteri...

Aku mungkin bukan isteri yang sempurna sepenuhnya
bukan juga Ibu yang perfect segalanya...
banyak kekurangan yang perlu aku lengkapkan
banyak kelemahan yang aku perlu betulkan

aku cuba yang terbaik
aku cuba sebaik mungkin
tak semua yang aku pilih mungkin yang terbaik
tapi percayalah aku sentiasa cuba menjadi yang terbaik

bukan mudah menjadi seorang isteri
jadi ibu kepada anak-anak anugerah ilahi
semoga allah beri aku kekuatan
terus melakukan yang terbaik di masa hadapan

engkau dengan cara mu
aku dengan cara ku
cara kita mungkin berbeza
tapi niat tetap sama
ingin melakukan yang sebaiknya

tak perlu di pertikaikan
atas segala yang di lakukan
berdoa saja kepada allah
semoga dia berkati hidup kita
jalankan kehidupan sebagai isteri dan ibu yang solehah
menjadi contoh pada anak2 kita..

ya allah..kau beri aku kekutan
kau berikan la aku kesempatan..
kau beri juga aku petunjuk
untuk aku sentiasa ke arah mu
agar aku menjadi umat yg di redhai oleh mu...
-norajoey-

Friday, October 3, 2014

Senang Buat Duit??

assalamualaikum...:)

Terpanggil untuk berkongsi cerita hari ni bila ternampak issue Artis Review IG yang sampai beribu-ribu bayarannya....

Terkesima terkejut tak terkata...siyes mmg saya terkejut..anggap saya ketinggalan atau tak berfikiran terbuka atau tak berfikiran 'business minded' saya tak kisah sbb ini yang saya rasa..

Bayar sampai beribu untuk di promote kan..atau pun di pihak selebtiri DAPAT RM beribu dengan hanya POST GAMBAR and CAPTION yang dh siap di beri oleh si PENIAGA ONLINE?

Siyes otak n hati saya tak dapat nak hadam..begitu tinggi nilainya POST seorang SELEBRITI..ya saya faham itu private IG dorang and takat nak post org yg tak di kenali tuk promo IG dorang tu agak buang masa n takde kena mengena ngan selebriti itu sendiri...so kalau nak jugak di promote kan dorang bukak la peluang kepada yang berminat...yang penting sanggup keluar modal..ala macam buat advertisement jugak la.. advertise kat billboard ker surat khabar ker majalah ker tv ker radio ker semua pun berbayar...takde benda free...so kiranya Review IG ini another pilihan untuk membuat iklan yang berbayar...ok saya faham itu...

Tapi tetap jugak tak boleh nk hadam bila rate tuk review IG tu sampai beribu....

Kalau niat selebriti itu adalah untuk mendapatkan business/duit ok fine saya terima..itu kiranya salah satu cara berniaga yang dia pilih..ialah mudah kut...just post gambar n caption yg pelanggan dia(peniaga) bagi,post kt IG n dlm bank terus masuk ribu-ribu..guna popularity kat IG tuk dpt income...ok saya terima..

but but but..jagan cakap ko buat review itu untuk 'tolong peminat'..siyes ayat tu sgt tak sesuai tuk selebriti yang mengenakan charge smpi ribu2 tu...if takat seratus dua aku terima sbgi tolong peminat dia yg berniaga cari rezeki...tapi klu ribu2 tu..erm tu tolong diri sendiri tuk dpt income jer sebenarnya..

kesimpulannya aku masih tak leh nak hadam budaya reviewIG sampai beribu-ribu ni...btw aku pun berniaga online and aku tak sanggup nak habiskan beribu2 hanya tuk dpt kan followers wlupun followers tu kemungkinan akan jadi potential customer aku...gelar la aku sebagai kedekut tuk berbelanja or kedekut tuk kuar 'modal' untuk marketing...but yet aku rasa tak berbaloi tuk bayar beribu2 sedangkan dorang tak buat apa selain drpd post gambar n caption yg sudah disediakan oleh si peniaga..(maybe klu ayat2 promo kt caption tu mmg kuar dari mulut selebriti itu sendiri maybe aku boleh terima sikit kut)hihihihi

okey tu jer luahan hari ni...bagi aku untunglah jadi nora Danish(am her big fan)..untunglah jadi felixia yeap...and ramai jer lagi selebriti lain...tp ada yang mmg nk membantu ada yang mmg buat as a business...apapun aku respect dorang as a business minded punya org...nak Berjaya nak senang kena pandai cari jalan sendiri...semua orang nak senang kan..cuma jalan yang di pilih jer berbeza..and maybe buat masa ni aku memilih untuk berniaga dari bawah..pelan pelan kayuh...smpi bila nak maju aku pun tak tahu...macam yang aku katakana setiap orang(peniaga) ada caranya..aku pun ada cara ku sendiri...sekarang aku buat begini..akan datang takde sapa tahu maybe cara ku berubah ke arah begitu..takde sapa yang tahu...yang pasti aku bukan PENIAGA yang suka-suka KOMEN kat IG SELEBRITI dengan ayat VISIT MY IG!!!:p

Wednesday, September 3, 2014

sahabat

sahabat
siapa mereka?
wujudkah mereka?
atau cuma muncul seketika
pergi hilang entah kemana
kalau itu yang di katakan sahabat
maka tiada la ertinya
perkataan yang cukup istimewa
 
jika datang dan perginya cuma untuk seketika
bukan lah sahabat namanya
tapi kenalan buat suka-suka
yang pergi akan ada penggantinya
yang pergi tanpa meninggalkan apa-apa makna
pergi tanpa berita
di hati juga tak terkesan mana
 
sahabat perginya tiada ganti
hilangnya amat di rasai
tidak perlu sentiasa berada disisi
cukup cuma di dalam hati
 
itu erti sahabat..
walaupun jauh tak pernah dekat
di hati dia tetap melekat
walau dimata tak pernah terlihat
 
sahabat
kau takkan pernah di lupa
kau takkan ku persia
walau waktu dan jarak jadi pemisah
kita takkan pernah terleka
sentiasa ingat masa-masa indah mahupun duka
itu lah sahabat
 
tidak perlu sensiasa ada di depan mata
lepak sini sana
bercerita cerita yang tak pernah sudah
 
walau kau dan aku jauh dimata
dihati kau akan tetap ada
walau kita jarang bersua
ku yakin rindu sentiasa ada
 
aku jangan kau lupa
kerna kau takkan pernah ku lupa
kau lah sahabat selamanya
dari jauh aku kirimkan doa
buatmu sahabat semoga Berjaya
sentiasa di lindungiNYA
ALLAH yang maha ESA

Perginya adik sepupu ku...

Hadirmu walaupun seketika
pastinya ia memberi beribu hikmah
kau hadir memberi sinar kepada mereka
beri kebahagiaan yang sgt bermakna

kegembiraan di datangi kesedihan
badan yang sempurna menjadi sakit
keluarga gembira tiba tiba berduka
tuhan terus dengan dugaannya

kau hidup bukan seperi anak biasa
kau sempurna di sisi allah
walaupun sekeliling pandang kau kurang sempurna

anak, kau terlalu istimewa
ibu dan bapa tak pernah mengalah
membesarkan mu tanpa putus asa

anak, kau istimewa
kekurangan mu menjadikan mu istimewa
cuma merangkak tanpa berkata apa
cuma bergerak tanpa berjalan dan berlari
sikit pun tak pernah kami sesali..

dua puluh tahun hidup menderita di dunia
kini kau berjumpa yang esa
sesungguhnya kami rasa kehilangan
tapi kami akan terus mendoakan
kau di tempatkan di kalangan yang beriman

ya, kau ahli syurga yang pastinya
kerana hidup mu di dunia
tidak pernah membenci
tidak pernah mengeji
tidak pernah mencaci
tidak pernah mengenal dunia
tidak pernah bersekolah
tidak pernah bermusuh dengan sesiapa

yang kau tahu cuma duduk, makan dan tidur
yang kau mampu cuma tersenyum
ahli keluarga tidak pernah merengut
ahli keluarga pasti terus merindu

wahai anak...pergi mu kepada yang satu
pergi mu membawa seribu rindu
doakan ayah, ibu dan adik-adik mu
semoga mereka kuat hidup tanpa mu..
kakak menyayangi mu adikku...

al-fatihah AZMAN bin Azlan

Thursday, August 28, 2014

Eka bijak kah dia

Eka Hafeez


Dia memang petah
Yang di faham cuma dua mahupun tiga patah
Selebihnya buat mommy ternga-nga
Kadang hanya di iya kan saja
 
anak, kau sungguh istimewa
otak mu tak pernah berhenti berkerja
ada saja yang ingin di perkata
ada saja tingkah yang luar biasa
 
pelat mu kadang mencuit hati
tingkah mu kadang buat sakit hati...hihi
tapi bukan la mommy benci
cuma kadang tak tertahan awak buli
 
eka eka..satu maksudnya
anak pertama la katanya
daddy la yang bagi nama
semoga eka sentiasa di hadapan ya
sentiasa no1 hendaknya..
satu yang terbaik
satu yang Berjaya
satu itu EKA
 




28.08.2012 - 28.08.2014

Alhamdulillah genap umur Eka Hafeez 2 tahun hari ni..syukur...syukur di kurniakan anak yang bijak, sehat sempurna cukup sifat nya...Alhamdulillah....semoga anak mommy membesar jadi anak yang bertanggungjawab dan bijak...





Eka bin Hafeez
 
Kecil tubuhnya
lincah tingkahnya
Penakut budaknya
cerdik otaknya
 
tak pernah terfikir anak sekecilnya tahu erti takut
takkan berani memanjat tempat yang tinggi
seakan mengerti jika dia terjatuh
sakit yang di perolehi
 
tak pernah terfikir anak lincah ini tak penat belajar
ABC to Z di hafal dengan mudah
di ingatinya di kala umur setahun
setiap hari menyanyi ABC
setiap hari menghafal ABC
setiap kali berdepan dengan huruf juga perkataan
akan di sebutnya satu satu seakan cuba mengajar kita pula
mengajar kita mengenal ABC
 
Kadang letih
tak terlayan petahnya
tak terlayan karenahnya
tak terlayan manjanya
subhanallah..Alhamdulillah
di kurniakan anak yang cerdik dan lincah sepertinya
 
sesungguhnya anak-anak sekecilnya mudah di ajar
mudah menerima
mudah juga terikut tingkah kita
silap tingkah negative la hasilnya
silap tunjuk ajar rosak la dia
 
ya allah semoga kami memberi contoh yang baik kepadanya
kepada adiknya
kepada mereka
semoga membesar dengan sempurna
membesar menjadi anak yang berguna
kepada bangsa agama dan Negara
kepada ayah bonda
kepada seluruh keluarga
 
anakku kau lah yang teristimewa...kau lah segalanya...

Friday, August 22, 2014

OISO Bangsar South

22.08.2014..Hari ni hari berkabung for Malaysian...:( al-fatihah tuk mangsa MH17 and takziah buat ahli keluarga..

and during lunch time arini our accounts department out for farewell lunch Cheryl Choo...been working with her more than 5 years...now the time so say good bye..good luck for your new work, new environment and new colleagues Cheryl...

we decide to choose Korean food...so here we goooo....OISO Bangsar South....

Cheryl with her food...Kimchi Ramen RM9.90
 
Ini pulak Nadia(kiri) dan Heni(kanan)
N kat bawah ni pulak makanan dorang...

 Kimchi Fried Rice RM12.90
 
Jeju Island bla bla bla...hahahha..tak ingat apa nama minuman dorang ni.. RM4.90
Most of us order Organic Brown Rice Tea RM0.90

Bulgogi beef...it comes with all the side dishes and rice.. RM18.90
 
 Seafood Ramen RM11.90
 
Kimchi Ramen RM9.90

This is mine.. Bi bim bap..n yeahh I loike it so much..n am fullllll... RM14.90

Chicken steam bla bla bla...hahhaha..can't remember the name again..sorry..hahahhaa RM16.90
 
this is Jap Chae if I not mistake...so sorry cant remember all the name actually.. RM11.90
 
Kimchi pancake RM9.90
 
 
Most of the food comes with the side dishes actually...for me I like all the food. I taste all actually...hahhahahha. Will come again for sure...;))
 

This is Accounts Department :))
 


Friday, August 8, 2014

Tersedak Syiling/coin

ya allah..lindungilah anak anak ku dari bahaya..jauhilah mereka dari apa jua penyakit...amin..

genap umur babydea 5bulan..hampir mencecah 2tahun pulak umur eka...Alhamdulillah kedua duanya membesar dgn sihat...eka semakin bijak..kadang tingkahnya tak boleh nak agak..

hari ni eka buat mommy nangis teresak....leka makjah n daddy tinggalkan mereka berdua..eka sibuk bermain..babydea baring sendiri...tetiba eka lari ke arah daddy..dea pulak terbatuk seakan tersedak sesuatu..kelam kabut makjah yg tengah lunch kt meja makan ke arah babydea...terus dukung babydea sambil tepuk2 belakangnya...ya allah kuar air ludah dan sesuatu yg berwarna kuning..di sangkanya kahak..rupanya duit syiling...astagfirullah...apa eka buat ni??eka masukkan syiling dlm mulut babydea..mcm biasa dia memasukkan putting/pacifier dlm mulut babydea seperti selalunya...

syukur makjah cepat bertindak..klu tak, tak tau nak jadi apa...syukur tuhan melindungi babydea...eka apa lagi kena la marah...makjah tak tau nak kata apa..masih terkejut dgn tindakan eka..daddy masih terus marah...eka eka..tapi apa sajalah budak sekecil eka mampu fikir..bahaya atau tidak dia sendiri tak rasai...

eka nak masuk dua tahun dah..tak pernah dia memasukkan syiling ke dalam mulutnya sendiri...bukan takat syiling..apa jua permainan yg dia ada atau pun apa jua benda yg dia jumpa..tak pernah di masukkan ke dalam mulutnya...seakan dia tau itu bukan benda yang boleh di kunyah..bukan sesuatu yang bergelar makanan...tapi...kenapa dia terfikir untuk memasukkan ke dalam mulut babydea???erm..mcm yang aku dh kata..apa saja budak sekecil dia mampu fikir??erm....

apa pun yang berlaku, aku syukur padamu ya allah..ko lindungi anak ku dari bahaya...aku akn terus berdoa agar mereka sentiasa di dalam lindungan mu ya allah...

mengalir airmata di kala mendegar cerita makjah...-_-

video eka selepas di marah...tersedu sedu la dia..dalam tido pun masih tersedu...kesian dia..

yakin pada ketentuannya..meminta perlindungan darinya..insyaallah selamat semuanya...amin

Thursday, August 7, 2014

Dea Hafeez 5 bulan

Salam..

Baru perasan
Dea Hafeez tiada dalam coretan
Umur sudah menjejak 5 bulan
Ini semua dek kerana kemalasan

Istimewa budaknya
Indah namanya
Cantik rupanya
Moga2 santun budi bahasanya

Dea, the goddess maksudnya
bahasa itali la kononnya
mommy yang beria
apa tak nya berkongsi hari jadi dgn kesukaannya
siapa dia?
Nora Danish la jawapannya...

7th March hari nya, 2014 tahunnya
sakit melahirkan tak sebesar mana
jika di bandingkan indahnya ciptaanNya

aku berterima kasih kepada Allah
atas anugerah yang sangat indah
akan ku jaga semoga baik akidah
agar sentiasa terpelihara dari segala fitnah

Mommy sayang Dea
Daddy sayang Dea
Abg Eka sayang Dea
Kami sayang Dea

Membesar jadi anak yang bijak, jadi adik yang mendegar kata, jadi wanita solehah, baik budi pekerti ya DEA..


Sakit anak sakit emak...

Assalamualaikum...

Lama sangat biarkan blog ni tak berupdate...tetibe pagi ni terpanggil tuk berkongsi cerita..actually bukan nk kongsi sgt ngan org lain pun..hanya nk meluahkan jer..lebih kurang camtu la...nak kongsi di twitter terlalu terhad..nak kongsi di facebook juga mcm tak berapa nak sesuai...lucky ada blog yg dh bersawang ni tuk di bukukan apa yg ada dlm hati ni..

tak pernah terfikir di akal fikiran, tak pernah terasa di benak hati..tak penah terjangkau akan melalui n merasai semua ini..perasaan seorang ibu yang akan merasa sakit yang amat bila anak2 nya tercuit, tercalar di sana sini, terluka di mana mana..terhempuk tak semena mena...ya allah luluh nya hati, hancurnya perasaan, mengalirnya air mata...dengan hanya melihat anak jatuh,terluka,tercedera ringan sekalipun..demam,selsema, merengek sakit tak sedap badan jugak cukup membuatkan naluri ibu ini meronta ronta nangis di dlm hati..meminta biarla diri ini yang melalui bukan anak kecil yang belum mengerti erti sakit, yang belum pandai bertutur mengadu sakit..."ya allah jauhi anak2 ku dr segala penyakit,lindungi anak2 ku drpd bahaya dunia,selamatkan anak ku dunia akhirat.." itu lah doa2 yang kerap di lafazkan di kala menatap wajah anak2 yg tidur d pangkuan yang tak penah mahu melepaskan pelukan, yang hanya mahu tidur di celah ketiak... semoga allah sentiasa ada untuk sentiasa mendengar setiap rintihan setiap harapan seorang ibu...

eka genap 2tahun dlm beberapa hari saja lagi..28.8.2012-28.8.2014..semakin bijak..semakin aktif...semakin banyak karenah...belum lurus berkata2 wlupun mulut petah ingin berbicara..tingkahnya lincah..sgt lincah...tapi takut tetap ada..jarang sekali cuba panjat meja mahupun kerusi..panjat katil juga takut kalau2 terjatuh..lucu...eka eka..tapi tak pernah takut tuk berlari ke sana sini..tak pernah faham klu berlari di tempat licin kebarangkalian untuk terjatuh tersembam itu sangat tinggi...apa saja la yg mampu di pertimbangkan n di fikirkan anak sekecil ini..kami la yang perlu berhati hati..jaga setiap geri..tersilap sikit memang makan hati...

semalam dek kerana terlalu aktif..tak dengar cakap kami..eka sibuk bermain berlari kesana sini dikala nenda sibuk mencuci...tak sempat nenda tangkap eka jatuh terlentang..bunyi kepala terhempas ya allah kuatnya..luluh jantung yang mendengar...cuba untuk bertindak balas dgn cool sebab taknak ada yang rasa bersalah..sebab tiada siapa yang besalah..cuma nasib eka kurang baik...terjatuh di kala seronok bermain air...oh anak..klu la awak tahu jatuh itu sakit..lantai itu licin..mommy yakin awak takkan gembira dgn senang hati berlari ke sana sini...semoga awak serik and lebih berhati2 selepas ini..tapi jangan pernah serik untuk terokai alam ini..

lepas menangis kesakitan eka tido selepas minum susu dan di pujuk...sayu hati menatap wajah anak yg tidur selepas menangisi kesakitan yang di hadapi...ya allah sakit hati, rasa geram dgn diri sendiri kerana tak lebih berhati2..takut pun ada..semoga tiada luka yang tidak kelihatan...ya allah ko lindungi anak ku dr segala bahaya...

mommy sayang eka..
daddy sayang eka..
babydea sayang eka..
kami sayang eka...

membesar dgn sehat, berkembang menjadi anak yang bijak..jadi EKA yang bertanggungjawab..

Monday, January 13, 2014

Tetibe jer suami aku ni..

Haaaa...tu la yg kuar kt kepala otak lately ni..ape kene ntah ngan suami ku ini...huhu..eh eh eh *mcm eka bila nk ckp sesuatu* lupa nk bagi salam..assalamualaikum..hihi..
Ok ok smbg citer..nk citer psl suami yg pelik semacam tetibe.eh nk mintak kawen lain ker ape?buahahaha choiiiii..simpang..tetibe ckp psl kenangan mula2 couple.ckp pasal duit tak boleh Beli kebahagiaan.berterima kasih bagai.cakap sayang sangat2 bagai.eh pelik aih.oh suami bukan la lelaki yg romantik so agak jarang la nk kuarkan ayat2 romantik mahupun sweet.so bila dia buat jadi pelik la.tp ku xde la ckp kt dia 'u kenapa?buang tabiat ker?' oh tidak sama sekali.ku hanya senyum n cakap 'ya' 'ok' hihi..adakah kesan selepas Dari majlis kawen tu?huhu mungkin jugak la..actually..
Last Saturday kiteorg g wedding kt istana Seri menanti..wedding 'kawan lama' suami..ms dpt invitation tu sengih2 jer takde rs pelik2 Sgt la.so kami decide tuk pergi..hari kejadian, aku yg agak kelam kabut sempat lagi g saloon tuk wash n blow rambut yg cam aram jadah dh rupa dia ni.siap bawak eka skali ok.ha la sape plak nk jaga dia.smbl kt saloon tu smbl tgu daddy eka abis mengajar sebenarnya..settle buat rambut daddy eka abis kerja than terus menuju ke Seri menanti..
Tukar baju make up semua dlm keta n singgah r&r jer..hihi..sib baik hasilnya memuaskan..
Sepanjang majlis ok jer wlupun sedikit neves sbb ku xkenal sape2 kt majlis tu..klu ada yg berselisih n bertegur sapa ngan kami tu kenalan incik suami la.most of them kawan2 time dia matrik kt melaka dulu.n semuanya pun berstatus doktor..oh siapa la aku ini..lalalalala..n actually bukan kawan rapat dia pun.semua bestfren pengantin perempuan yg merupakan ex-gf incik suami.huhu..so ku agak malu2 la.tp xde la malu Sgt pun.huhu..lucky aku ni Kategori yg agak peramah org nya.so bila suami singgah sembang kosong ngan kawan2 lama ku pun boleh jer join sembang..:))sempat gak jumpa pasangan pengantin sblm berangkat balik..sembang kosong jap.yang pasti eka yg jadi tumpuan pengantin n kawan2 suami yg lain..
Sepanjang perjalanan pergi n balik Dr majlis tu suami agak ceria.xmcm gaya org g majlis ex-gf jer..time tu dh rs pelik.tp ku wat xtau jer.smpi awal subuh tadi suami tetibe ckp pasal duit tak boleh Beli kebahagiaan bagai n say tq kt aku n ckp syg banyak2..so aku pun ckp la yg dia ceria n pelik since wedding tu.dia senyum jer..
Selalunya kita akan ingat sesuatu perkara bila berlaku sesuatu perkara yg lain.kita akan hargai apa yg kita ada bila kita sedar perkara yg kita pernah hilang dulu bukan la perkara yg terlalu berharga klu d bandingkan dgn apa yg ada skrg..kita berterima kasih bila apa yang sudah d lalui itu pengajaran yang terbaik Dan ada hikmah di sebaliknya..
So ku jadikan itu sbgi alasan tuk tiap perkara yg berlaku lately ni...alhamdulillah..ku hanya berfikir ke arah yg positif tuk setiap yang berlaku..pelik ke tak pelik ker tak kisah la..janji bahagia..:))