Thursday, August 7, 2014

Dea Hafeez 5 bulan

Salam..

Baru perasan
Dea Hafeez tiada dalam coretan
Umur sudah menjejak 5 bulan
Ini semua dek kerana kemalasan

Istimewa budaknya
Indah namanya
Cantik rupanya
Moga2 santun budi bahasanya

Dea, the goddess maksudnya
bahasa itali la kononnya
mommy yang beria
apa tak nya berkongsi hari jadi dgn kesukaannya
siapa dia?
Nora Danish la jawapannya...

7th March hari nya, 2014 tahunnya
sakit melahirkan tak sebesar mana
jika di bandingkan indahnya ciptaanNya

aku berterima kasih kepada Allah
atas anugerah yang sangat indah
akan ku jaga semoga baik akidah
agar sentiasa terpelihara dari segala fitnah

Mommy sayang Dea
Daddy sayang Dea
Abg Eka sayang Dea
Kami sayang Dea

Membesar jadi anak yang bijak, jadi adik yang mendegar kata, jadi wanita solehah, baik budi pekerti ya DEA..


No comments: